Nusna's Blog
Entries Owner
Kasih ayah kekal ke syurga :')
✿ Friday, August 03, 2012 ✿ 0 Comment (s)
(usai menyempurnakan pengebumian jenazah ayahnya dan perginya semua orang pulang ke tempat masing2, amir memegang nisan yang dipacak dengan pohon bewarna merah bersendirian sambil air mata jatuh bercucuran di pipi.) 


Amir : Ayah, maafkan amir ayah. Amir berdosa. Amir tak dapat menilai kasih sayang ayah. Amir buta dengan cinta manusia lain sehinggakan Amir lupa dengan manusia yang sepatutnya Amir cinta dan kasihi tu ialah ayah. Ayah, maafkan Amir. Maafkan Amir. *sesak dadanya menahan sebak di hati* :')


 (dia terus pergi ke arah keretanya dan menuju pulang ke rumah dan apabila setibanya dia di rumah,pak ngah telah menunggu di muka pintu)


Pakngah : Amir,sini kejap.


Amir : Apa dia pakngah?


Pakngah : Erm, sebelum ayah kau meninggal, pakngah ada melawat dia kat rumah titian kasih tu. Dia suruh bagi kau surat ni. Ambiklah.


Amir : *mengambil* terima kasih pakngah. Amir nak masuk bilik dulu ye.


Pakngah : Banyak banyak lah berdoa untuk ayah kau ye nak? Doa anak soleh sampai ke ibu bapa dia tau. Pakngah balik dulu lah. Ada urusan lain nak kena selesaikan.


Amir : *bersalaman* (terus menuju ke bilik dan solat zohor). Dalam doanya " ya Allah, tempatkanlah ayahku dikalangan orang orang yang beriman. Tak layak aku menjejak syurgamu kerana aku derhaka kepada ayahku. Aku benar benar hina ya Allah. Aku buta dengan dunia. Aku tertipuu dengan dunia dan isinya. Namun, aku masih berharap untuk merasa secebis kasih sayangmu dan keampunanmu kerana aku sedar  akan diriku. seorang anak yang derhaka" :'(


(Amir terus teringat tentang perbuatannya kepada ayahnya sebelum ayahnya dihantar olehnya ke rumah kebajikan titian kasih)

Apabila ayahnya lapar...

Ayah : Amir, ayah lapar. Kau pergi kerja pagi balik tengah malam. Selama tu ayah tak makan langsung cuma minum air kosong je nak.


Amir : Ayah ada kaki kan? tangan kan? tak reti-reti nak masak ke? nak kata tak tahu masak,tahu je. Ayah fikir saya ni bibik ayah ke nak sediakan semuanya? saya banyak kerja tahu tak kat ofis tu.


Ayah : Ayah tak larat. Ayah tak kuat. Nak berdiri lama-lama tak larat pulak kaki ni. Hm. Takpelah nak. Ayah faham. Ayah masuk tidur dulu ye.

Amir : Yelaa! Amir masak maggi untuk ayah.


Ayah : Maggi?


Amir : yelaa, habistu nak apa? nasi beriani? mana ada semua tuu! bersyukur je lah apa yang ada lagipun Amir mengantuk ni.


Ayah : Erm, masaklah nak asalkan tak masuk angin perut ayah ni.


Semasa ayahnya membuang air besar di atas katil ekoran masalah pembuangan najis tak stabil...




Amir : Ayah! jamban kan ada! pergi berak kat katil tu kenapa? adoi ayah ni! siapa nak cuci ni yah? busuk tahu tak. iii, satu rumah berbau!


Ayah : ayah minta maaf nak, tapi ayah tak rasa langsung tiba-tiba keluar.


Amir : eishh. cuci sendiri ah. malas amir nak duduk rumah ni. bai. nak lepak dengan kawan. Balik nanti, pastikan dah bersih semuanya!




Apabila ayahnya menasihatinya untuk berubah...


Ayah : Amir dulu tak macam ni. Amir dulu baik. Mana hilang Amir tu? ayah sedih tengok perubahan Amir.


Amir : Amir berubah ni sebab ayah! Amir dah hilang sabar! Amir dah tak tahan nak jaga ayah. Ayah! Amir ni lelaki bekerjaya tau tak dan Amir bukan bibik ayah nak sediakan semua keperluan ayah. Amir tension lah duduk rumah ni! Orang lain boleh enjoy pergi sana sini tapi Amir tersekat kat rumah ni sebab Amir kena jaga ayah!


Ayah : Nak...

Amir : Yah, Amir dah fikir masak-masak tentang perkara ni, Amir rasa ayah lagi sesuai masuk rumah orang tua-tua. Sana banyak kawan,ada makan pakai, ada orang tengok tengokkan. Ayah duduk sana lah ea?


Ayah : kenapa Amir buat ayah macam ni?


Amir : Ni semua untuk kepentingan ayah. nanti setiap minggu Amir datang lah jenguk ayah kat rumah orang tua tu. Hm, minggu ni ayah pergi eh? Amir janji tiap minggu amir datang tengok ayah!


Ayah : *menangis*




( Amir tersedar dari lamunan panjangnya dan terus membuka surat yang diberikan pakngahnya)

  "kepada anakku amir,mungkin masa amir baca surat ni ayah dah takda lagi kat dunia ni tapi simpanlah surat ni sebagai kenangan ye nak. Kalau Amir rindu ayah, amir bacalah surat ni. Amir, ayah dah maafkan dosa-dosa Amir pada ayah. Ayah redhakan semua yang ayah pernah bagi cuma ayah terkilan sikit dengan cara Amir layan ayah. Amir, ayah sayang Amir sampai syurga nak. Ingatlah Amir, masa Amir lapar dulu ayah tak selesa langsung tengok amir. masa tu kita susah mir,kita bukan orang senang. Ayah menoreh dari pagi sampai petang dapat lah upah dalam RM 1.50 dan ayah gunakan duit tu untuk bagi kau makan dan ayah sanggup ikat perut tahan lapar. Masa kau buang air besar rata-rata, ayah yang cucikan nak. Bukan sekali kau buat, tapi hampir setiap minggu Amir buat macam tu dan ayah tak pernah mengeluh. Amir, ayah tak harap amir selalu berada disisi ayah sampai 24 jam tapi cukuplah amir tak abaikan ayah. Amir,sesibuk manapun ayah dulu bekerja kais pagi makan pagi kais petang makan petang, ayah tetap ada masa nak melayan karenah amir tapi amir tak pernah ada masa untuk ayah sehinggakan amir sampai hati tinggalkan ayah kat sini. Bukan duit yang ayah minta, ayah cuma minta amir sayangkan ayah. makin tua ayah ni, hati ayah makin cepat terasa nak. ayah perlukan perhatian amir, ayah nak rasa disayangi. Amir buat ke nak? sedangkan ayah tak pernah berhenti buat perkara tu sampai ayah meninggal. ayah sentiasa sayang amir. Amir, kisah yang paling ayah tak boleh lupakan bila amir jatuh sungai. Amir tak tau berenang dan ayah pun cepat-cepat lompat selamatkan amir,waktu tu juga ayah kena tarik dengan arus kuat. nasib baik ayah selamat jugak akhirnya. Ayah bergegas balik rumah cari amir walaupun masa tu badan ayah calar balar. Ayah sayang pada amir dan sayangnya ayah melebihi nyawa ayah sendiri. sebelum ayah akhiri surat ni, ayah minta kamu berubah sementara sempat nak. Peluang untuk berubah terbentang luas untuk Amir selagi nyawa dikandung badan. wasalam"


(air mata merembes keluar tanpa henti)

Amir : Ayahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!





Kesimpulannya : Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.


DaripadaAbu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir".


P/s : cerita ini digubah sendiri oleh saya dan diharap mendatangkan iktibar buat awak semua. Ingatlah, harta boleh dicari tapi ayah tiada galang gantinya.


Ayuh akhiri entry ini dengan kalimah tauhid kita, "lailahailallahmuhamadarasulullah"








Dashboard Follow

Nusna's



"Quiet people have the loudest mind"

◕ Entries ◕


◕ Comment ◕

*


*