Mengintai tirai keinsafan :')
✿ Thursday, August 09, 2012 ✿ 0 Comment (s)
Aku beteleku di atas sejadah ku, menarik kembali tirai kisah laluku. Pipi terasa panas dengan air mata yang menitik,hangat menuruni pipi. Aku insan hina. Pernah menjebakkan diri di dalam kancah maksiat. Zaman kelamku,zaman jahilku kini beransur hilang.. Aku telah belajar mengenal Rabb ku kerana aku telah berada di dalam satu situasi yang tidak dilalui orang lain. Situasi yang membuatkan aku benar-benar merasakan diri ini penuh dengan noda. Saat itu, hanya kalimah syahadah meniti di bibir. Allahuakbar~2 tahun yang lalu...
Ilya : zara cepat lah sikit. customer kau dah berderet tunggu tuu,kau pilih je mana kau nak ok? Tapi dari tadi aku duk tenung lelaki kat sebelah man tu macam berduit je. Ambik lah dia. Masyuk kau malam ni!
Zara : Hahaha. ada ada je kau. Mana satu? err, yang berisi tu eh? Boleh je. Suh dia masuk bilik nombor 3.
begitulah rutin seharianku . Melayan nafsu serakah lelaki. Aku terlalu inginkan duit. Buta dengan kemewahan dunia sehinggakan mengambil jalan mudah dengan menjual harga diri aku yang telah aku pertahankan selama 24 tahun ni. Aku, zara aneesa, seorang pelayan dan aku tak kisah tentang pandangan orang lain. Whats the matter, masyukkk
satu hari, ilya merapati aku..
Ilya : haritu ada jiran baru pindah rumah sebelah aku. ustaz oi! haha. erm, dia ada ceramah aku lah. Aku selalu keluar malam-malam kan? Aku rasa dia dah agak aku buat kerja tak senonoh lah. kau nak tau dia cakap apa? aku ingat lagi sampai sekarang tau tak. Terngiang-ngiang je kat telinga ni. Dia cakap "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk", surah al isra ayat 32. Aku terasa lah. Bila fikir balik, apa yang kita buat ni salah. Berdosa sangat.
Zara : Hello! sejak bila kau jadi ustazah ni? kau jangan lupa ilya, kau yang jebakkan aku dalam kancah ni. Tup tap kau nak berubah? Have you out of your mind,dear! Kita dapat banyak duit tahu tak? aku suka dengan cara aku sekarang. Aku berduit dan mampu beli apa yang aku nak. Hahaha. Orang lain berhempas pulas kerja tapi gaji cukup cukup makan, kita ni cuma jual badan, layan lelaki, penuhi kehendak dia dalam satu malam. Hanya satu malam! dan kita boleh dapat ratus-ratus.
Ilya : aku tahu tu zara..tapi..
Zara : kau masih muda, mati lambat lagi. nanti dah tua,bertaubatlah. apa susah? hish. Kolot betul fikiran kau.
Ilya : betul jugak kan? sekarang kita enjoy sebab hidup hanya sekali,kan kan. jyeahh! jom ah. ramai menunggu tu. Tau tak zara,aku tengok kau dah macam goreng pisang panas. Laku~
Keesokan harinya..
(kring..kring..)
Sofie : Zara! kau tau tak yang Ilya dah mati? malam tadi masa dia otw balik dia kena langgar lari. Muka dia pecah. Jom visit?
Zara : what? kau tipu aku kan! baru semalam aku lepak dengan dia lah.
Sofie : Hei perempuan, aku serius.
Zara : Jom
saat melihat wajah Ilya aku terpana. Hitam seakan dibakar dan apabila jenazahnya hendak diusungkan ke tanah perkuburan,van jenazah begitu lambat bergerak seperti jenazah itu terlalu berat sedangkan Ilya seorang yang kecil orangnya. Aku menangis teresak-esak mengingat kembali kata-kata dia malam semalam. Hati kecil aku memanggil untuk berubah. kejadian ini benar-benar mencarik tangkai hati aku memohon aku supaya bertaubat dengan taubat nasuha. Aku akhirnya sedar dari mimpi. Aku sedar setelah sekian lama terhijab dengan dunia yang fana ini!
(krekk.....pintu bilik dikuak)
Azim : sayang, dah habis ke belum solat tu? Jom teman abang keluar beli barang kejap. Kita beli kuih raya ye sayang? Cepat sikit bersiap tu.
Zara : Jap ye abang. maaf tau kalau lambat tunggu. *suara seakan menangis*
Azim : kenapa menangis ni sayang? janganlah sedih. Abang pujukkan nak?
Zara : Abang, abang terima Zara seadanya kan? Zara minta ampun dengan masa lampau zara.
Azim : sayang, abang bukan terlalu mendamba isteri yang solehah sebab abang pun tak soleh. Tapi cukuplah kalau isteri abang yang sorang ni sanggup berubah bersama-sama abang. Kalau zara rindu kat Ilya, rajinkan diri doa untuk dia ye sayang.
Zara : Terima kasih abang
p/s : cerita ni agak panjang. hehe. idea saya agak banyak petang nih. moga dapat dijadikan suri teladan buat kita. wasalam.
Ayuh akhiri post ni dengan kalimah tauhid kita , "lailahailallahmuhamadarasulullah".