Nusna's Blog
Entries Owner
Sahabat,luhurnya akhlakmu :')
✿ Friday, September 07, 2012 ✿ 0 Comment (s)
Amalin : "syifa,amalin balik dulu ye?" laung amalin.

Syifa : "Haa,lin balik la dulu nanti syifa balik dengan zahirah ok"

Amalin meneruskan perjalanan pulangnya dan disaat itu syifa dan zahirah masih di sekolah. syifa asyik bercerita mengenai amalin kepada zahirah. Terlalu asyik sehinggakan orang sekeliling yang melihat hanya mampu menggeleng kepala.

Syifa : "za, amalin tu pandai kan? aku cemburu kot dengan dia,dulu dia biasa2 je and boleh dilabelkan sebagai budak bengap. Tapi yang aku pelik tu asal dia tetiba pandai? Eeeeish.

Zahirah : "laaa,dia kan budak kuat belajar haruslah jadi pandai. Bukan ke usaha tu tangga kejayaan? kenapa nak dicemburunya syifa oi,jeles jeles tu member baik kau,hadui"

Syifa : "yelaa,aku mengaku dia kawan baik aku cuma aku tak puas hati kenapa dia boleh lagi cemerlang dari aku sedangkan dulu aku je yang selalu kat depan dia!"

Zahirah : "elehh,mana taknye? kau tu malas"

Syifa : "zaa,kesian tau kat amalin,mak ayah dia setiap hari gaduh,ayah dia nak ceraikan mak dia sebab mak dia tak bagi ayah dia kahwin lain"

Zahirah : "ermm,kesiannya. tapi...aku tengok dia tu bukan main tabah lagi,hebat!"

Syifa : "tabah? tiap hari dia nangis2 kat aku. asal ha? lelaki bukan main lagi nak cari lain,mak dia dah buruk sgt ke? tak faham aku kenapa kena kahwin ramai2 ni"

Zahirah : "adalah sebabnya. dah lah tu,tak payah kita sibuk sangat nak tahu sbb kita budak lagi.hahaha"

Syifa : "aku tak suka satu perangai amalin for your info lah"

Zahirah : "amenda lak ni?"

Syifa : "dia selalu tegur aku solat,puasa,tutup aurat bagai. aku tak ready,kenapa dia tak faham bahasa sangat ha!"

Zahirah : "ya Allah,kenapa ni? dia tegur sebab dia syg kau,dia tegur sebab dia nak jadi baik sama2 dengan kau. Bila orang beri nasihat kita kena lapang dada terima bukannya bisukan mulut,pekakkan telinga dan mencaci maki hamun dia balik. hmm"

Syifa : "aku ingat kau nak sebelahkan aku rupanya dia! dah lah,bai. Better aku jalan kaki sorang2!"

Seminggu kemudian..

Zahirah : "hai amalin,kenapa duduk sorang2 kat koridor kelas tu? meh la duduk,kita cite cite"

Amalin : "sajaa,tengok awan.cantik kan? aku bersyukur masih dapat hidup lagi dengan ibu bapa yg aku syg"

Zahirah : "ermm,haritu syifa ada cakap yg parents kau ada problem. camna sekarang?

Amalin : "syifa bagitau kau? Hmm,oh,masih dalam keadaan camtu. Aku tak sanggup nak hadapi semua ni sebenarnya,aku tak kuat"

Zahirah : "aah,syifa banyak cerita ttg kau haritu. Oh,sabar lah eh? tak silap aku dalam surah al baqarah ayat 286 Allah ada berfirman : Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

Amalin : betul la tu ayat 286 tu. terima kasih zahirah,aku rasa lega. btw,apa yang syifa duk cakap pasal aku tu?"

Diwaktu itu syifa sedang berjalan hendak masuk ke kelas namun langkahnya terhenti di sisi pintu apabila mendengar namanya menjadi tajuk perbualan.

Zahirah: "aku jujur ek? hm,dia cakap asal kau lagi pandai dari dia,dari gaya dia macam tak puas hati pun ada. Bila aku cakap kau tabah hadapi masalah keluarga ni dia kata tabah tp nangis2 and persoalkan kenapa ayah kau boleh nak kahwin lain mgkin sebab mak kau tak lawa. Last sekali dia cakap dia tak suka 1 cara kau"

Amalin : "cara apa?"

Zahirah : "dia tak suka bila kau tegur dia supaya berubah jadi pompan yg tutup aurat,solat,puasa semua tu. Dia tak suka."

Amalin : "aku tak percaya dia tak jujur pada aku terus. Bila aku tegur dia,dia nampak macam terima semua kata-kata aku tp rupanya sebaliknya. Zahirah,aku memang tak pandai sebelum ni tapi aku tetap ada perasaan ingin berjaya macam manusia lain. Ada juga terdetik dalam hati aku mungkin bila aku dah berjaya dalam exam so bolehlah result aku ni jadi pengikat hati mak ayah aku. Zahirah,ketahuilah bahawa menuntut ilmu itu difardhukan ke atas setiap individu muslim. Kita ada dua pilihan dalam hidup, nak atau taknak. Walaupun dulu aku selalu jatuh tersungkur,tu tak bermakna aku akan terus jatuh dan tak bangun. Zahirah,memang mak aku tak lawa zahirnya tp hati dia cukup indah,dia seorang je mampu mewakilkan empat wanita. Aku sanjung ibu aku kerana keluhuran akhlaknya. Aku menangis bukan bererti aku mengharap simpati tetapi aku dah terlalu  tabah sehinggakan dinding ketabahan aku roboh akhirnya. Dia tak suka aku nasihat dia ye? kenapa dia tak cakap direct ek? kau tahu kenapa aku nasihat dia?"

Zahirah : "kenapa?

Amalin : "aku menyayangi dia melalui sebuah ikatan persahabatan. Aku sayangkan dia melebihi nyawa aku sendiri. Kalau ditakdirkan aku mati,aku nak mati disisi dia. Aku cintakan dia kerana Allah. Bagi aku,dia adalah pinjaman terindah dari Allah untuk aku. Zahirah,aku nasihat dia bukan bererti aku baik,bukan bererti aku solehah kerana aku pun pernah melampaui batas sebagai seorang manusia..aku nasihat dia kerana aku nak jadi baik bersama dia,aku nak melangkah menuju Allah dengan dia. Aku tahu hidup hanya sementara,akhirat selamanya. So,aku berharap untuk bersatu dengan dia balik kat dalam syurga firdaus. Dia tak berganti"

Syifa meluru memeluk amalin sambil memohon maaf diatas perlakuannya dan amalin pun memaafkannya sambil berkata "kau sahabat aku selamanya syifaa :') "


Konklusinya, hargailah sahabat anda. kita dan sahabat kita memang tak sempurna tetapi percayalah bahawa kekurangan itu akan melengkapkan kita. Kekurangan dia menjadi pelengkap kita dan sebaliknya kekurangan kita. Kalau kita tak mampu nak mendapatkan sahabat yang baik akhlaknya,kita jadilah sahabat yang baik akhlaknya untuk dia. Sahabat itu tiada gantinya walau ditawar dengan dunia dan seisinya. Hargailah sahabat anda sementara mereka masih ada.

p/s : maaf kalau panjang sangat entry ni. moga bermanfaat. wasalam ^^

Dashboard Follow

Nusna's



"Quiet people have the loudest mind"

◕ Entries ◕


◕ Comment ◕

*


*