Nusna's Blog
Entries Owner
Sahabat, jauh di mata dekat di hati.
✿ Saturday, December 01, 2012 ✿ 0 Comment (s)
Kakinya sedikit dicelup di dalam sungai tidak jauh dari terataknya, ingin merasa dinginnya air di waktu pagi. Fikirannya tertumpu kepada daunan hijau yang melambai-lambai dari kejauhan seakan-akan memanggil dirinya mengingat kembali tirai kisah lalunya. "Firdaus, cuti ni aku rasa macam nak tolong kau bekerja kat sawah tu lah, tak pun tolong kau menoreh getah. Sikit sebanyak ada la jugak duit poket aku ni",tutur Akmal laju.

"Hahahaha! kau nak menolong aku kat sawah dan menoreh getah? kau ni betul ke tak? kau tu orang kaya lainlah macam aku ni orang miskin.", seloroh Firdaus sambil tertawa kecil. Setelah tawanya terhenti dia melihat Akmal di sebelahnya mempamerkan riak wajah sedikit kecewa dan tidak puas hati lantas di tepuk bahu kawannya itu.

"Akmal, kenapa kau tiba-tiba terfikir untuk "turun padang" menolong aku ni? Tak takut ke kau dengan lumpur,pacat dan ular? Aku hairan dengan kau sebab orang lain nak duduk saje di rumah tapi kau lain",ucap Firdaus hairan. Angin sepoi-sepoi bahasa menghembus segar wajah dua sahabat itu, cicipan burung jelas kedengaran di langit biru. Kelihatannya cuaca sangat bagus.

"Aku cuma nak menghabiskan masa aku dengan kau. Tahu tak ayah aku dah rancang sesuatu untuk aku? Dia merancang untuk menghantar aku belajar ke luar negara lepas kita ambil keputusan SPM nanti. Kita mungkin akan terpisah", tutur Akmal dalam nada sebaknya. Firdaus tersentak. Tubir matanya kelihatan berkaca. Dunia di sekeliling kelihatan kelam seperti menangisi keadaan dirinya. Sahabat yang sering berdamping dengannya kini akan pergi. Jauh dari hidupnya. Jauh dari pandangan matanya mungkin untuk bertahun-tahun lamanya. Perasaan rindu mencengkam hatinya,berat rasanya melepaskan seorang sahabat yang telah menjadi separuh dari kehidupannya. "Kau nak tinggalkan aku? Aku mesti akan rindukan kau. Mak ayah aku pun tengah sakit teruk. Duit boleh aku cari sikit-sikit untuk sambung pengajian tapi kesihatan mak ayah aku tu? Aku mungkin terpaksa menoreh dan bekerja di bendang untuk dapatkan duit buat biaya perubatan diorang", tuturnya perlahan.

"Firdaus, aku tak kan lupakan kau. Kau kan sahabat aku. Orang pertama yang akan aku cari bila aku balik Malaysia nanti tu ialah kau. hehehe. Fir, kau ingat tak kenangan kita kat kantin dulu, aku tertinggal duit dan kau pinjamkan dengan alasan kau masih kenyang. Balik je kelas aku dengar perut kau berbunyi dan bila aku tanya kau tak mengaku", kata Akmal sambil tersengih.

"Aku cuma nak kawan aku bahagia je. Aku tak sanggup tengok kau kesusahan. Aku tak sanggup tengok orang yang rapat dengan aku susah. Tu je", jelasnya lagi. Kedua-duanya diam membisu. Membiarkan fikiran masing-masing menerawang jauh untuk beberapa ketika.

Dushh..!

"Aduhh! kenapa kau buat aku terkejut macam ni, Man? Siap tumbuk belakang aku lagi ni. Sakit tau!", jerit Firdaus.

"Hahahahah,aku tengok kau kemain termenung tadi. Kau fikir apa ha? makwe yeeee?", sindir Man.

 "Ish kau ni! apa melalut sampai ke situ? aku mana ada makwe. Aku teringat kat Akmal lah. Sepatutnya dah balik dah dia tu sebab bulan ni genap 6 tahun. Dia sepatutnya dah balik..", ucap Firdaus.

 "Oh, Akmal..erm,dia ada jenguk kau?", lancar tutur katanya.

"Tak, dia tak datang jumpa aku lagi. mungkin sibuk kot.", ucap Firdaus untuk menyedapkan hatinya.

Dia berlalu meninggalkan Man yang sedang asyik "bergayut" dengan tunangnya berjalan menuju ke bendang yang telah sebati dalam dirinya, indah! Kelihatan padi menguning luas terbentang yang hanya  menunggu masa yang sesuai untuk dituai. Dia duduk sendirian mengelamun lagi namun belum sempat dia membiarkan fikirannya menerawang jauh terdengar sayup-sayup jeritan seseorang. Seseorang yang pernah rapat dengan dirinya, seseorang yang ditunggu-tunggu tanpa jemu selama 6 tahun.

"Firdaaaaaauuuuussss!", jerit suara itu.

Firdaus menoleh dan mengalirkan air matanya untuk yang kesekian kali. Perasaan syahdu menerjah jiwa dan mencengkam hati saat melihat Akmal datang berlari kepadanya. Mereka berpelukan seketika. Lidah keduanya kelu dan hanya air mata dan pautan tangan ke bahu yang kuat menjadi simbolik perasaan yang dirasa saat itu.

"Akhirnya kau datang juga...Aku terlalu rindukan kau. Kau sihat?", ucap Firdaus menahan sendu.

Akmal mengelap tubir matanya lantas tersenyum. "Fir, aku tak lupa janji aku. Aku sihat. Aku dah habis belajar tau! Lepas ni aku akan buka sebuah syarikat! Kau orang pertama yang aku akan ambil bekerja. Sudi tak kau bekerja dengan aku? Kita tak kan terpisah lagi. Aku cakap betul ni. Sudi tak?", jelas Akmal.

"Aku nak tapi layak ke aku?", tegasnya.

"Malu bertanya sesat jalan. Kau tanya lah aku,nanti aku pimpin kau", sengih Akmal.


Konklusi, kawan yang sejati ialah orang yang mengenali siapa dirimu namun masih menyayangimu. Kawan sejati tak akan terpisah melainkan melalui kematian kerana ikatan ukhwah yang terbina itu cukup utuh dah teguh. Sejauh mana pun seseorang itu terpisah dengan sahabatnya sebenarnya mereka tetap dekat dihati kita selalu. Darjat dan latar belakang tidak pernah menjadi kayu ukur dalam persahabatan kerana bukan darjat yang memahami hati pasangan kita,bukan latar belakang yang menjadi tempat pengadu pasangan kita tetapi hati kita. Bila dua sahabat bersama, terbinalah satu hati. Hati yang saling mencintai. Buat semua pembaca,ikhlaslah semasa bersahabat kerana ikhlas itu merupakan satu cara untuk mendapat perasaan cukup apa adanya..yakni qanaah..qanaah akhirnya menerbitkan rasa syukur dalam jiwa kepada Pencipta..



P/S : Setelah dua bulan saya tak menulis akhirnya saya menulis semula. Maaf kalau ada yang menunggu entri saya ea? Assalamualaikum! ayuh akhiri entri ini dengan kalimah tauhid kita,

                             "أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ"








Dashboard Follow

Nusna's



"Quiet people have the loudest mind"

◕ Entries ◕


◕ Comment ◕

*


*