Nusna's Blog
Entries Owner
Sesal Si Kaki Rempit.. :)
✿ Monday, December 10, 2012 ✿ 0 Comment (s)


Mata ibu ku renung tajam dengan rasa amarah dan benci yang meluap-luap. Aku langsung tidak dapat menerima kenyataan yang keluar dari mulut ibu mengatakan bahawa dia tidak mempunyai duit walau sedikitpun. Mana mungkin seseorang yang bekerja tidak mempunyai duit. Ibu pastinya telah menipu aku!

“Ibu! Mana duit? Bagi kat Izwan sikit. Wan nak guna duit tu untuk motor wan. Tak banyak pun kan, kenapa susah sangat nak bagi ni? Kerja jual kuih dengan nasi lemak tu kan ada? Bagi lah! Anak sendiri pun nak berkira”, dengus Izwan keras.

“Izwan, lupa ya? Adik-adik wan tu berderet ha. Mana ibu nak cekau duit bagi wan? Nanti adik-adik nak belanja apa ke sekolah? Fikirlah sikit.“, jelas Ibu.

“Lantak kau lah macam mana pun nak bagi diorang hidup! Aku ni anak kau! Kau kena tanggung aku! Aku minta lembut-lembut tu bagilah lembut-lembut. Jangan sampai aku hilang sabar!“, jerit Izwan lantang.

Aku berlari meluru ke bilik ibu bagai dirasuk dengan sesuatu sehinggakan teriakan ibu juga aku tidak ambil kisah lantas membuka laci dan menyelongkar barang-barang yang wujud di dalanmya. “RM 75 je?”. Aku menutup laci ibu dengan sekuat-kuat hati supaya ibu mendengarnya dan mengambil pengajaran agar menyediakan lebih banyak wang untukku pada hari yang lain. Sebenarnya, ini bukan kali yang pertama aku menggertak ibu supaya menuruti perintahku tetapi sudah berkali-kali.

“ Vrommm vrommmm!”, aku memulas pemegang motor sambil melemparkan senyuman sinis kepada lawanku di sebelah. Ya,aku pasti menang! Seperti kebiasaanya, pemenang akan menerima habuan wanita, wang tunai dan dihormati penunggang lain. Aku tersenyum membayangkan kemenangan yang bakal ku raih sebentar sahaja lagi.

“Woi, Izwan! Kau fikir kau pailang, kau boleh menang? Hahahaha! Kita tunggu dan lihat”, tutur lawanku di sebelah.

“Wan, kau buat elok-elok tau. Dah bertahun kau pegang gelaran juara. Aku yakin kali ni pun kau akan menang. Dia tu budak baru,masih mentah.”, ucap Filzan kawan rapat Izwan.

“Aku ni hebat. Mana boleh kalah, malu lah wehh kalah bagai. Dah lah,blah. Aku nak fokus”, tutur Izwan.

Syira jalan melewati motor-motor yang berada di situ lantas berdiri di tengah motor mereka berdua lalu melayangkan bendera tanda perlumbaan akan dimulakan. Syira merupakan anak luar nikah dan gerak-gerinya sangat sukar dikawal kerana dia terlalu liar. Dia akan menghabiskan masanya dengan melepak bersama lelaki-lelaki rempit dan begitulah rutinnya pada setiap malam semenjak 2 tahun lalu. Dia akhirnya mengibarkan bendera ke langit dan perlumbaan pun bermula.

“Vrooomm!”

Aku mula menayangkan aksi-aksi yang telah aku pelajari sejak 3 tahun lalu dengan perasaan yang ghairah. Pedal ditekan dengan sekuat hati sehingga dapatku rasa angin mengibas laju mukaku. Aku menoleh ke belakang dan aku lihat lawanku telah jauh ketinggalan. Perasaan gembira mula menerjah lantas aku menjadikan jalan raya yang aku lalui itu seperti milikku. Aku membawa motor terhuyung hayang ke kanan dan ke kiri tanpa memerhatikan sekeliling. Tiba aku di selekoh yang pertama, aku pusing dengan gaya ala-ala penunggang motor di litar Sepang dan tanpa disangka-sangka datang sebuah lori tangki besar menuju ke arahku. Aku tidak sempat untuk menukar haluan mahupun menekan brek kerana semuanya terjadi terlalu pantas. Aku dilanggar dan diseret sejauh 10 meter. Badanku terkulai layu dan aku tidak dapat merasakan langsung pergerakan kakiku. Mataku berpinar dan kelihatan keadaan sekeliling semakin kelam. “Ibu...”, ucapku perlahan.

“Kenapa aku kat hospital ni? Aduhhh! Kaki aku! Sakit....”, aku bermonolog sendirian.

“Eh, anak ibu dah sedar? Wan ada rasa sakit-sakit ke?”, ucap ibuku lembut.

“Ye, kaki ni pedih-pedih sikit”, jawabku. Aku mula menarik kain yang menyelimuti kakiku untuk pergi ke tandas dan aku terpana melihat kedua-dua belah kakiku yang telah kudung akibat kemalangan kelmarin. Air mata menuruni pipi dengan derasnya. Dapat aku rasa separuh dari semangat hidupku terbang jauh. Jauh dari kehidupanku. Aku merasakan hidupku seolah-olah telah sampai ke penamatnya. Aku kehilangan kedua-dua belah kaki. Bagaimana untuk aku teruskan kehidupan?

“Ibu, kenapa jadi kat wan bu?”, tuturku menahan sendu.

“Wan, sebelum wan tanya ibu, wan tanyalah diri wan kenapa wan pilih jalan macam ni? Wan tahu berlumba haram tu bahaya tapi wan tetap berdegil. Sekarang wan nak salahkan siapa? Ibu lagi?”, soal Ibu.

“Wan nak kaki wan balik!”, aku menjerit dengan sekuat hati.

Krekkkk....Pintu bilik dikuak, aku menoleh ke belakang dan aku melihat ibu tersenyum manis padaku.

“Jauhnya mengelamun? Teringat apa tu? “, tanya Ibu.

“Teringat kenangan pahit dulu bu, kenangan yang betul-betul mendewasakan wan”, aku membalas senyuman ibu.

“Jom solat,nak”, tutur Ibu.

“Maafkan wan,ibu. Sekarang wan sedar salah wan. Ampunkan wan ibu. Maafkan wan sebab menyusahkan ibu dari dulu sampai sekarang. Wan berjanji akan jadi anak yang mengikut cakap ibu. Wan janji bu. Ibu,dulu wan ingat kawan-kawan lah orang terbaik dalam hidup wan. Tapi rupanya bukan. Semua kawan wan tinggalkan wan. Kawan dah jadi lawan bu. Dorang memihak pada lawan wan masa malam kemalangan tu. Ibu, ibu dapat jadi semua orang tapi takda sorang pun boleh jadi ibu. Wan sayang ibu sangat-sangat.”, aku berkata-kata.

“Wan sentiasa yang terbaik untuk ibu,ibu pun sayang wan. Dah, jom ambil wudhu”, ucap ibu pendek.

Aku menuruni katil dengan payahnya dan mencapai papan luncurku menuju ke tandas bagi mengambil wudhu. Sekarang, aku menggunakan khidmat papan luncurku itu sebagai penggerak aku ke mana-mana. Aku rasa lebih bahagia sekarang dengan cinta ibu dan Ilahi, aku juga dapat merasakan hikmah terjadinya semua ini padaku dan aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menghela nafas di bumi yang sementara ini. Aku diberi peluang untuk bertaubat.

“Ya Allah, aku bertaubat kepadaMu dengan taubat nasuha. Aku yang faqir ini mengharap maghfirahMu. Maafkanlah khilafku selama ini. Amin”, tuturku sebak di dalam doa solatku.

P/s : Ayuh akhiri entri ini dgn kalimah tauhid kita. "lailahailallahmuhamadarasulullah".





Dashboard Follow

Nusna's



"Quiet people have the loudest mind"

◕ Entries ◕


◕ Comment ◕

*


*