Pengorbanan.
✿ Wednesday, January 29, 2014 ✿ 0 Comment (s)
Pengorbanan..
Satu kata yg mudah ditutur.
Namun sukar untuk dilaksana.
Ramai menganggap mereka rela berkorban.
Tapi hakikatnya jarang sama dengan anggapan.
Menjadi kepuraan semata.
Pura tika segala bakti diungkit kembali.
Meluluhkan dan merobek hati insani.
Apakah itu ikhlas berkorban?
Ikhlas itu tidak minta berbalas.
Kerna,
Dia tahu bahawa satu saat nanti,
dia juga memerlukan kekuatan.
Kerna,
Dia tahu kebahagiaan insan lain kebahagiaannya.
Rela berkorban berjalan seiring dengan keikhlasan.
Bukan hanya ungkapan bibir.
Namun memaksudkan daripada hati.
Usahlah mengharap balasan manusia.
Tapi ingatlah akan catitan amal.
Segalanya akan dibalas olehNya.
Walaupun sebesar zarah.
^Nusna
Dia sentiasa disisi.
✿ Saturday, November 30, 2013 ✿ 0 Comment (s)
Belasan tahun seakan terbuang tanpa tuju,
Mencari erti hidup dalam kelam yang pekat,
Mengapa sukar untuk berdiri tabah,
Mengapa gusar dengan penilaian makhluk,
Sehinggakan jatuh tersungkur di hujung jalan.
Mungkin semangat perlu diganti,
Harapan yang dahulunya rapuh menjadi teguh,
Kerna hidup terkadang perlu diubah caranya,
Buat maslahat diri serta insan lain,
Mengorak jalan ke hadapan tanpa tolehan belakang,
Usah menjebakkan diri dalam kecundang sama,
Bukankah kekuatan itu tak datang berkali,
Gunakan yang ada sebaiknya.
Jika dihina dan dicerca lagi,
Ingatlah ada yang mengasihi,
Sentiasa melayarkan kasih abadi tanpa mengharap secangkir balasan,
Sentiasa disisi meski beribu berlalu pergi.
Dia,
Yang memberi kekuatan tika lemah,
Yang menunjuk jalan keluar untuk segalanya,
Mengapa masih sangsi,
Percayalah Dia sentiasa ada,
Maka segala kesedihan mampu diusir selamanya.
^Nusna
Musafir dunia.
✿ Tuesday, June 18, 2013 ✿ 0 Comment (s)
Semoga langkahku menujuMu takkan pernah terhenti.
Meski aku jauh tersasar, janganlah Engkau murka padaku.
Meski aku jauh tersasar, janganlah Engkau murka padaku.
Tanpaku Kau masih Tuhan, tanpaMu aku bukan sesiapa.
Derap langkah yang diatur terkadang menjauh pergi dariMu
Namun di hati hanya Engkau yang ku harap menghiasi diri
Ketukan cinta manusia terkadang membuatku alpa,
Namun Kau masih setia mencintai diri ini.
Oh hati, janganlah buta menilai cinta hakiki.
Sesungguhnya sebenar benar cinta ialah yang memimpinmu ke syurga.
Dalam tawa, aku melupakan
Dalam hiba, aku memohon
Namun setiap detik dan waktu hidupku Kau tetap mengingatiku
Ya, Tuhan.
Moga ada ruang pengampunan untuk semua khilafku.
Kerapkali aku gagal mengerti apa itu syukur.
Meminta dan terus meminta lebih.
Sedangkan nikmat yang ada telah cukup buat diri.
Hari berlalu dan terus berlalu.
Sangat mendekatkanku dengan pertemuan denganMu.
Semoga nafas terakhir yang dihela oleh diri membawa seribu erti untuk bekal di alam sana.
Tuhan, sesungguhnya akulah pendosa tanpa noktah.
Namun ku yakini, pengampunan dan rahmatMu mengatasi segalanya.
^Nusna
Aku bukan lelaki yang dulu.
✿ Friday, April 05, 2013 ✿ 0 Comment (s)
Hembusan angin pagi
membelai pipiku. Keindahan padi yang menghijau mencarik seribu macam perasaan
di dalam hati kecil dan kosong ini. Aku
terasa seakan-akan diberi nafas baru untuk terus menghirup secangkir
kehidupan baru. Kehidupan yang dahulunya tampak kelam dan suram kini disinari
cahaya dan aku yakin cahaya ini pastinya akan kekal dan tidak akan hilang
seperti dahulu. Aku memandang langit biru dan bermonolog sendirian di dalam
hati membayangkan betapa agungnya kuasa yang Maha Pencipta menjadikan setiap
yang berada di langit dan di bumi dengan begitu sempurna sekali. Dia
menciptakan setiap manusia dengan akal dan merekalah yang menentukan sama ada
hendak menggunakan nikmat yang satu itu dijalan yang baik atau buruk.
“Naufal,mengapa kau menangis nak?”, sapa ibu.
“Naufal,mengapa kau menangis nak?”, sapa ibu.
“Eh,ibu. Maaflah tak sedar ibu datang.
Menangis?”, jawabku sambil mengusap pipi yang basah dengan titisan air mata.
“Jangan menangis,nak.”, kata ibu.
“Baiklah,naufal senyum ye ibu? Ibu,naufal laparlah.”, balasku.
“Jangan menangis,nak.”, kata ibu.
“Baiklah,naufal senyum ye ibu? Ibu,naufal laparlah.”, balasku.
“Makanan semua dah siap. Jom bersarapan”,
tuturnya.
Aku mengikuti gerak
langkah ibu dengan perasaan yang penuh syahdu. Rasa syukur benar-benar terbit
jauh di dalam sudut hati apabila masih diberi peluang untuk menatap wajah ibu
yang pernah aku robek perasaanya suatu ketika dahulu. Aku melukai sekeping hati
yang tulus menyayangi dan mencintaiku. Tidak mampu aku gambarkan betapa
dalamnya penyesalan aku melukai hati insan-insan yang menyayangiku. Namun aku
tahu bahawa sehebat mana pun sesalku itu,aku tetap tidak dapat menghidupkan dia
yang telah pergi menghadap Ilahi. Ayahku.
“Woi,kau ni tahu
minta je tapi takda pun duitnya. Apa kau fikir aku ni makan pasir ye setiap
hari?”, marah Sufri.
“Aku takda duit
lah. Aku bukannya bekerja”, balasku.
“Kalau kau dah tahu diri kau tak bekerja,kau sepatutnya cari cara untuk dapatkan duit. Ni bukan kali pertama aku bagi kau tanpa bayaran tapi kali ketiga. Memang kita kawan baik tapi aku pun perlukan duit !”, lancar tutur katanya.
Aku bergegas pulang ke rumah kerana aku sudah tidak mampu menahan ketagihan aku dengan najis yang kotor itu. Motor yang aku tunggangi seakan-akan sudah sampai kepada hadnya yang paling laju. Pintu rumah diketuk berkali-kali dan akhirnya ibu membukanya dengan badannya yang masih dibaluti telekung manakala ayah pula hanya melihat dengan kerlingan tanda memahami keinginanku. Dia mengetahui bahawa aku tidak akan menjejakkan kaki ke rumah itu melainkan ketika aku mahukan wangnya. Di dalam keadaan ketagihan yang melampau itu,aku mendesak ibu supaya memberi aku wang untuk membeli dadah.
“Aku nak duit lah orang tua ! Cepat bagi aku duit kau ! Duit yang kau simpan banyak-banyak tu pun tak habis dipakai “, jerit aku kepada ibu.

“ Naufal !
Jangan biadab dengan ibu kau ! “, kata ayah
dengan nada yang tegas.
“Duit tu ibu simpan sebagai simpanan untuk menunaikan haji dengan ayah kau, Naufal. Bertahun-tahun ibu simpan duit tu dan kau pula nak menghabiskannya?”, soal ibu dengan linangan air mata.
“Duit tu ibu simpan sebagai simpanan untuk menunaikan haji dengan ayah kau, Naufal. Bertahun-tahun ibu simpan duit tu dan kau pula nak menghabiskannya?”, soal ibu dengan linangan air mata.
“Aku tak kisah! Aku
nak duit!”, lantang kata-kataku.
Aku menguak pintu masuk dengan seluas-luasnya lalu berlari menuju ke bilik mereka. Ibu menarik tanganku namun aku sempat menepis tangannya dan menolaknya jatuh terduduk di tepi meja telefon.
Aku menguak pintu masuk dengan seluas-luasnya lalu berlari menuju ke bilik mereka. Ibu menarik tanganku namun aku sempat menepis tangannya dan menolaknya jatuh terduduk di tepi meja telefon.
“Naufal! Kau
sudah melampau! Aku takkan biarkan kau ambil duit simpanan aku!”, tutur ayah.
“Pergi matilah kau orang tua!”, ucapku seakan-akan seperti sudah tiada walau secalit iman pun di dalam diri.
Ayah mengejarku lalu menampar mukaku dengan seluruh kudratnya. Di saat itu,terasa benci dan marah menyelinap masuk dengan begitu cepat di dalam sekujur tubuhku. Sakit tamparan itu tidaklah sesakit perasaanku ketika itu lantas aku mencapai tongkat yang diletakkan disebelah katilnya dan menuju ke arahnya. Dia kelihatan tergamam dengan tindakanku lalu berundur ke belakang untuk menyelamatkan ibuku daripada berhadapan dengan amukanku.

“Nak,ingat
Allah!”, seru ibuku.
“Ah,sudahlah. Kau dan dia tu penganggu hidup aku! Kau tak pernah sayang aku! Kalau kau cuba halang aku,aku akan pukul kau dengan tongkat ini”, jeritku.
“Ah,sudahlah. Kau dan dia tu penganggu hidup aku! Kau tak pernah sayang aku! Kalau kau cuba halang aku,aku akan pukul kau dengan tongkat ini”, jeritku.
Aku berlari ke almari ibuku lalu mengambil kotak perhiasannya kerana duit
simpanan mereka tidak dapat aku temui dan barang kemas yang belum digadai itu
dapatku agak harganya mampu mencecah ribuan ringgit. Aku tersenyum puas dan
segera meluru keluar ke muka pintu. Teriakan suara ayah daripada belakang
langsung tidak menghentikan jejak langkahku lantas aku segera menyarung selipar
yang berselerakan di laman rumah dan mula beredar.
“Naufal,jangan kau pergi! Kembali semula ke sini! Jangan ingkar!”, jerit ayah.
“Jangan menyibuk
hal orang!”, kataku.
Aku cuba
melintasi jalan besar itu secepat mungkin dengan harapan kelibat ayahku akan
segera hilang daripada pandangan dan aku sanggup membahayakan nyawaku melintasi
kereta-kereta yang bergerak laju. Daripada kejauhan telahku lihat susuk tubuh
Sufri yang sedang melambai-lambaikan tangannya ke arahku dan aku berasa gembira
kerana penantianku akan berakhir sebentar lagi. Namun demikian,aku juga sedar
bahawa ayah masih lagi berada di belakang mengejarku namun aku mengendahkannya.
Aku mempercepatkan hayunan langkahku kerana aku tahu ayah tidak mampu untuk
melangkaui kelajuan gerakku.
“Doommm!”
Bunyi hentakan yang kuat itu menghentikan langkahku dengan serta-merta. Aku berpaling ke belakang dan melihat sekujur tubuh terbaring di tengah jalan dengan yang darah membuak-buak keluar daripada mulutnya. Aku terpaku seketika dan dapatku rasakan tanganku menggeletar saat dia berpaling memandang wajahku lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan hembusan yang sukar sekali. Ibu meraung di sisi ayah lantas memanggil namaku agar mendekatinya. Dengan perasaan yang bercampur-baur,aku melarikan diri mengikuti Sufri yang turut melihat kejadian itu.

“Ayah kau!”, kata Sufri.
“Aku tahu. Aku tak nak
balik. Jom pergi cepat”, jawabku.
Aku menetap buat sementara waktu di rumah Sufri dan turut berjinak-jinak
menjalankan kegiatan mengedar dadah bersamanya. Tidak dapat dinafikan bahawa
aku memperoleh pulangan yang amat lumayan dan tidak pernah aku bayangkan untuk
mendapat duit sebanyak itu. Kegiatan haramku itu berjalan hampir setahun namun
tidak dapat bertahan lama kerana Sufri berjaya diberkas oleh pihak berkuasa. Selepas
Sufri ditahan,aku melarikan diri dari satu tempat ke tempat yang lain kerana
takut ditahan oleh pihak berkuasa. Aku juga mengalami masalah ketagihan yang
tidak mampu dikekang kerana aku sudah tidak mempunyai bekalan dadah untukku
sedangkan aku memerlukannya setiap hari. Apabila aku sudah tidak mampu untuk
menahan ketagihan ini,aku cuba untuk membunuh diri dengan menerjun daripada
bangunan lima tingkat itu namun berjaya diselamatkan oleh orang yang melalui
kawasan itu. Akhirnya, mereka menghantarku ke pusat pemulihan dan aku menetap
di sana selama setahun.
“Naufal,kenapa tercegat
lagi tu? Tadi kata lapar nak makan?”, tanya ibu.
“Oh,maafkan Naufal. Naufal teringat kenangan lama. Terlupa dunia realiti sekejap”, balasku.
“Apa yang baik daripada pengalaman dulu ambillah sebagai teladan dan yang buruk jadikanlah sempadan”, tutur ibu.
“Baiklah ibu. Ibu,ayah akan maafkan Naufal ke ibu? Naufal taknak jadi anak derhaka”, balasku dengan nada yang sayu.
“Sejahat-jahat manapun Naufal dulu, Naufal tetap anak dia. Sejahat-jahat manapun Naufal di mata orang, di mata dia, Naufal sentiasa yang terbaik”, jawab ibu dengan linangan air mata.

“Ibu, Naufal berjanji
takkan mengulangi lagi apa yang telah terjadi. Naufal taknak kehilangan orang
yang sayangkan Naufal untuk kali kedua”, kataku kepada ibu.
“Terima kasih, Naufal.
Ibu sayang Naufal dunia dan akhirat. Semoga kita dapat bina keluarga yang bahagia
meskipun ayah telah tiada.”, balas ibu pendek sambil mengesat air mataku.
P/S : Setelah berbulan tak post entri baru. Akhirnya terbitlah entri pendek ni saya ;)
Sesal Si Kaki Rempit.. :)
✿ Monday, December 10, 2012 ✿ 0 Comment (s)
Mata ibu ku renung tajam dengan rasa amarah dan benci
yang meluap-luap. Aku langsung tidak dapat menerima kenyataan yang keluar dari
mulut ibu mengatakan bahawa dia tidak mempunyai duit walau sedikitpun. Mana
mungkin seseorang yang bekerja tidak mempunyai duit. Ibu pastinya telah menipu
aku!
“Ibu! Mana duit? Bagi kat Izwan sikit. Wan nak guna duit
tu untuk motor wan. Tak banyak pun kan, kenapa susah sangat nak bagi ni? Kerja
jual kuih dengan nasi lemak tu kan ada? Bagi lah! Anak sendiri pun nak
berkira”, dengus Izwan keras.
“Izwan, lupa ya? Adik-adik wan tu berderet ha. Mana ibu
nak cekau duit bagi wan? Nanti adik-adik nak belanja apa ke sekolah? Fikirlah
sikit.“, jelas Ibu.
“Lantak kau lah macam mana pun nak bagi diorang hidup!
Aku ni anak kau! Kau kena tanggung aku! Aku minta lembut-lembut tu bagilah
lembut-lembut. Jangan sampai aku hilang sabar!“, jerit Izwan lantang.
Aku berlari meluru ke bilik ibu bagai dirasuk dengan
sesuatu sehinggakan teriakan ibu juga aku tidak ambil kisah lantas membuka laci
dan menyelongkar barang-barang yang wujud di dalanmya. “RM 75 je?”. Aku menutup
laci ibu dengan sekuat-kuat hati supaya ibu mendengarnya dan mengambil
pengajaran agar menyediakan lebih banyak wang untukku pada hari yang lain.
Sebenarnya, ini bukan kali yang pertama aku menggertak ibu supaya menuruti
perintahku tetapi sudah berkali-kali.
“ Vrommm vrommmm!”, aku memulas pemegang motor sambil
melemparkan senyuman sinis kepada lawanku di sebelah. Ya,aku pasti menang!
Seperti kebiasaanya, pemenang akan menerima habuan wanita, wang tunai dan
dihormati penunggang lain. Aku tersenyum membayangkan kemenangan yang bakal ku
raih sebentar sahaja lagi.
“Woi, Izwan! Kau fikir kau pailang, kau boleh menang?
Hahahaha! Kita tunggu dan lihat”, tutur lawanku di sebelah.
“Wan, kau buat elok-elok tau. Dah bertahun kau pegang
gelaran juara. Aku yakin kali ni pun kau akan menang. Dia tu budak baru,masih
mentah.”, ucap Filzan kawan rapat Izwan.
“Aku ni hebat. Mana boleh kalah, malu lah wehh kalah
bagai. Dah lah,blah. Aku nak fokus”, tutur Izwan.
Syira jalan melewati motor-motor yang berada di situ
lantas berdiri di tengah motor mereka berdua lalu melayangkan bendera tanda
perlumbaan akan dimulakan. Syira merupakan anak luar nikah dan gerak-gerinya
sangat sukar dikawal kerana dia terlalu liar. Dia akan menghabiskan masanya
dengan melepak bersama lelaki-lelaki rempit dan begitulah rutinnya pada setiap
malam semenjak 2 tahun lalu. Dia akhirnya mengibarkan bendera ke langit dan
perlumbaan pun bermula.
“Vrooomm!”
Aku mula menayangkan aksi-aksi yang telah aku pelajari
sejak 3 tahun lalu dengan perasaan yang ghairah. Pedal ditekan dengan sekuat
hati sehingga dapatku rasa angin mengibas laju mukaku. Aku menoleh ke belakang
dan aku lihat lawanku telah jauh ketinggalan. Perasaan gembira mula menerjah
lantas aku menjadikan jalan raya yang aku lalui itu seperti milikku. Aku
membawa motor terhuyung hayang ke kanan dan ke kiri tanpa memerhatikan
sekeliling. Tiba aku di selekoh yang pertama, aku pusing dengan gaya ala-ala
penunggang motor di litar Sepang dan tanpa disangka-sangka datang sebuah lori
tangki besar menuju ke arahku. Aku tidak sempat untuk menukar haluan mahupun
menekan brek kerana semuanya terjadi terlalu pantas. Aku dilanggar dan diseret
sejauh 10 meter. Badanku terkulai layu dan aku tidak dapat merasakan langsung
pergerakan kakiku. Mataku berpinar dan kelihatan keadaan sekeliling semakin
kelam. “Ibu...”, ucapku perlahan.
“Kenapa aku kat hospital ni? Aduhhh! Kaki aku!
Sakit....”, aku bermonolog sendirian.
“Eh, anak ibu dah sedar? Wan ada rasa sakit-sakit ke?”,
ucap ibuku lembut.
“Ye, kaki ni pedih-pedih sikit”, jawabku. Aku mula
menarik kain yang menyelimuti kakiku untuk pergi ke tandas dan aku terpana
melihat kedua-dua belah kakiku yang telah kudung akibat kemalangan kelmarin.
Air mata menuruni pipi dengan derasnya. Dapat aku rasa separuh dari semangat
hidupku terbang jauh. Jauh dari kehidupanku. Aku merasakan hidupku seolah-olah
telah sampai ke penamatnya. Aku kehilangan kedua-dua belah kaki. Bagaimana
untuk aku teruskan kehidupan?
“Ibu, kenapa jadi kat wan bu?”, tuturku menahan sendu.
“Wan, sebelum wan tanya ibu, wan tanyalah diri wan kenapa
wan pilih jalan macam ni? Wan tahu berlumba haram tu bahaya tapi wan tetap
berdegil. Sekarang wan nak salahkan siapa? Ibu lagi?”, soal Ibu.
“Wan nak kaki wan balik!”, aku menjerit dengan sekuat
hati.
Krekkkk....Pintu bilik dikuak, aku menoleh ke belakang
dan aku melihat ibu tersenyum manis padaku.
“Jauhnya mengelamun? Teringat apa tu? “, tanya Ibu.
“Teringat kenangan pahit dulu bu, kenangan yang
betul-betul mendewasakan wan”, aku membalas senyuman ibu.
“Jom solat,nak”, tutur Ibu.
“Maafkan wan,ibu. Sekarang wan sedar salah wan. Ampunkan
wan ibu. Maafkan wan sebab menyusahkan ibu dari dulu sampai sekarang. Wan
berjanji akan jadi anak yang mengikut cakap ibu. Wan janji bu. Ibu,dulu wan
ingat kawan-kawan lah orang terbaik dalam hidup wan. Tapi rupanya bukan. Semua
kawan wan tinggalkan wan. Kawan dah jadi lawan bu. Dorang memihak pada lawan
wan masa malam kemalangan tu. Ibu, ibu dapat jadi semua orang tapi takda sorang
pun boleh jadi ibu. Wan sayang ibu sangat-sangat.”, aku berkata-kata.
“Wan sentiasa yang terbaik untuk ibu,ibu pun sayang wan.
Dah, jom ambil wudhu”, ucap ibu pendek.
Aku menuruni katil dengan payahnya dan mencapai papan
luncurku menuju ke tandas bagi mengambil wudhu. Sekarang, aku menggunakan
khidmat papan luncurku itu sebagai penggerak aku ke mana-mana. Aku rasa lebih
bahagia sekarang dengan cinta ibu dan Ilahi, aku juga dapat merasakan hikmah
terjadinya semua ini padaku dan aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk
menghela nafas di bumi yang sementara ini. Aku diberi peluang untuk bertaubat.
“Ya Allah, aku bertaubat kepadaMu dengan taubat nasuha.
Aku yang faqir ini mengharap maghfirahMu. Maafkanlah khilafku selama ini.
Amin”, tuturku sebak di dalam doa solatku.
P/s : Ayuh akhiri entri ini dgn kalimah
tauhid kita. "lailahailallahmuhamadarasulullah".